Latihan Bahasa Melayu Tahun 4



Kata Sendi Nama
Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah, anda diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan.
  1. Kita harus rajin belajar dan berusaha bersungguh-sungguh _____________masa depan kita.
    1.   kepada
    2.   terhadap
    3.   demi
    4.   pada
  2. Sharif berasa gembira apabila menerima surat balasan ___________________abangnya.
    1.   dari
    2.   daripada
    3.   kepada
    4.   oleh
  3. Ah Chong selalu mengulang kaji palajaran ________larut malam.
    1.   hingga
    2.   ke
    3.   dari
    4.   akan
  4. Mereka sedang membuat perbincangan _____________masalah kecurian tersebut.
    1.   akan
    2.   bagi
    3.   dalam
    4.   tentang
  5. Penebangan hutan menyebabkan permukaan tanah terdedah ________________hakisan tanah.
    1.   kepada
    2.   pada
    3.   akan
    4.   ke
  6. Kami menerima keputusan itu ___________hati terbuka.
    1.   bagi
    2.   akan
    3.   dalam
    4.   dengan
  7. Tin-tin kosong itu akan dihantar ke kilang ____________dikitar semula.
    1.   pada
    2.   terhadap
    3.   untuk
    4.   oleh
  8. Tanpa kerjasama __________semua pihak, masalah air mungkin akan terus berlarutan.
    1.   dari
    2.   daripada
    3.   kepada
    4.   antara
  9. Kita perlu berusaha ________________mengurangkan kadar kemalangan yang sering berlaku saban hari ini.
    1.   untuk
    2.   dengan
    3.   tentang
    4.   akan
  10. Kesibukan ibu bapa ________________tugas mencari rezeki menyebabkan mereka tiada masa untuk bersama anak-anak.
    1.   terhadap
    2.   pada
    3.   di
    4.   dalam
  11. Melalui akhbar, kita dapat mengetahui berita _____________peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara.
    1.   dari
    2.   tentang
    3.   dengan
    4.   bagi
  12. _________akhir-akhir ini masalah disiplin berkenaan pelajar sering diperkatakan.
    1.   Pada
    2.   Hingga
    3.   Sejak
    4.   Dalam
  13. Program Khidmat Negara dapat memupuk semangat cinta akan negara_____________kalangan remaja.
    1.   di
    2.   dalam
    3.   pada
    4.   bagi
  14. Senarai nama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan ditampal _____________papan notis.
    1.   pada
    2.   di
    3.   dengan
    4.   oleh
  15. Kebakaran yang berlaku pada pukul 9.00 malam itu berpunca _________api ubat nyamuk.
    1.   dari
    2.   daripada
    3.   kepada
    4.   pada
  16. Perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Perak disaksikan____________kira-kira 300 orang penonton.
    1.   daripada
    2.   bagi
    3.   oleh
    4.   kepada
  17. Terdapat beberapa selekoh maut dan jalan raya yang berlubang _________merata-rata.
    1.   pada
    2.   ke
    3.   di
    4.   hingga
  18. Abu membantu ayahnya mengumpulkan kelapa untuk dijual ___________bandar.
    1.   pada
    2.   dari
    3.   ke
    4.   hingga
  19. __________musim cuti persekolahan yang lalu, saya dan abang bercuti ke Kuala Lumpur.
    1.   Di
    2.   Pada
    3.   Dari
    4.   Dalam

  20. Semangat cinta ______ negara perlu dipupuk dalam kalangan generasi muda.
    1.   akan
    2.   bagi
    3.   demi
    4.   dengan

Tiada ulasan: