Memaparkan catatan dengan label Bahasa Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahasa Melayu. Papar semua catatan

Kata Banyak Makna (2)

Kata
Maknanya
Barang
1. benda
2. lebih kurang
3. apa-apa saja
Bermuka-muka
1. beberapa banyak muka surat.
2. berpura-pura atau tidak ikhlas

Kata Banyak Makna

Kata
Maknanya
Akal
1. fikiran
2. ikhtiar
3. muslihat, tipu helah
Alamat
1. tanda
2. tempat tinggal
3. keterangan nama tempat, jalan, nombor   
    rumah,poskod dan menunjukkan tempat  
    tinggal seseorang.

Adakah anda menggunakan masa dengan betul?


Bil
Pernyataan
Selalu
Kadang-
kadang
Jarang-
jarang
1.
Saya tuliskan aktiviti harian saya




2.
Saya membuat keutamaan aktiviti harian saya



3.
Saya menyelesaikan semua aktiviti harian saya yang sudah saya rancangkan



4.
Saya kemaskini matlamat tugasan dan matlamat peribadi saya secara bertulis



5.
Bilik / meja / beg saya sentiasa kemas dan teratur



6.
Barang-barang kepunyaan saya diletakkan pada tempat yang sama dan terattur



7.
Saya cepat menghindarkan diri daripada gangguan



8.
Saya mudah mendapatkan kembali barang daripada beg saya



9.
Saya berkeyakinan dalam banyak keadaan



10.
Saya mempunyai masa dan ruang yang cukup bagi membuat kerja tanpa gangguan



11.
Perbualan telefon saya pendek dan padat



12.
Saya lebih suka mengelak masalah supaya kurang menyelesaikan masalah



13
Saya menggunakan masa dengan baik



14.
Kerja saya sentiasa beres



15.
Saya sentiasa menepati masa



16.
Saya membuat penjelasan dengan cepat dan tepat



17.
Rakan-rakan sentiasa memberikan kerjasama kepada saya



18.
Apabila berlaku gangguan, saya dapat meneruskan kerja-kerja saya dengan cepat



19.
Aktiviti harian saya sentiasa mengarah kepada cita-cita saya



20.
Masa rehat, saya lupakan kerja saya



21.
Rakan-rakan tahu masa yang paling sesuai berjumpa dengan saya



22.
Saya laksanakan kerja-kerja penting semasa tenaga saya berada di kemuncaknya



23.
Saya mula dan tamatkan setiap tugasan mengikut masa



24.
Saya buat kerja bertulis sekali sekala



25.
Saya membuat cita-cita dan saya sentiasayakin pada diri sendiri.



            
INTERPRETASI SKOR:

Bilangan Selalu_____________ X 4 =______

Bilangan Kadang-kadang_____ X 2 =______

Bilangan Tidak Pernah_______ X 0 =______

Jumlah skor Anda?

Kategori saya adalah______________________________




KATEGORI SKOR

81-100             Anda menggunakan masa dengan bijaksana

61-80                              Anda menggunakan masa dengan baik

41-60                              Anda banyak ketinggalan masa

21-40                              Anda tidak dapat mengawal masa

0-21                                  Anda sedang mengahadapi masalah yang serius
dengan masa!!!
 
 
















SEKIRANYA ANDA DALAM KATEGORI SKOR 0-60 CUBALAH BERTINDAK DARI SEKARANG UNTUK MEMBUAT JADUAL WAKTU BELAJAR DAN MENGIMBAS KEMBALI IKRAR ANDA PADA SETIAP PAGI DI PERHIMPUNAN!!!

Senarai Nilai-nilai Murni B.Melayu


Berikut ialah senarai nilai-nilai murni yang kamu boleh isikan dalam menjawab solan Bahasa Melayu kertas 2 Bahagian C
.1. Adil
2. Amanah
3. Baik hati
4. Bantu-membantu
5. Belas kasihan
6. Berani bertanggungjawab
7. Berani kerana benar
8. Berani mempertahankan pendirian
9. Berani tidak membuta tuli
10. Beratur / berbaris
11. Berbincang terlebih dahulu
12. Bercakap benar
13. Berdikari
14. Berfikiran terbuka
15. Berhati-hati
16. Beringat-ingat
17. bermaaf-maafan
18. Bermuafakat
19. Bersabar
20. Bertanggungjawab
21. Bertanya jika tidak tahu
22. Berterima kasih
23. Bertimbang rasa
24. Bertindak pantas
25. Berusaha
26. Cekal
27. Cinta kepada keamanan
28. Cinta kepada negara
29. Dedikasi
30. empati
31. Gigih
32. gotong-royong
33. Berhemah tinggi
34. Hormat kepada adat resam
35. Hormat kepada agama
36. Hormat kepada guru
37. Hormat kepada ibu bapa
38. Hormat kepada jiran
39. Hormat kepada kepercayaan
40. Hormat kepada ketua
41. Hormat kepada orang tua
42. Hormat kepada pemimpin
43. Hormat kepada rakan
44. hormat-menghormati
45. Ikhlas
46. Jaya diri
47. Jimat
48. Kasih sayang
49. Keadilan
50. Kebebasan
51. Keberanian
52. Kebersihan fizikal
53. Kebersihan mental
54. Kebersihan persekitaran
55. Kejujuran
56. Kerajinan
57. Kerjasama
58. Kesederhanaan
59. Kesopanan
60. Kesyukuran
61. kunjung-mengunjung
62. Memberi salam
63. Membuat persiapan awal
64. Membuat pertimbangan
65. Membuat rujukan
66. Mementingkan masa
67. Mempunyai cita-cita
68. Mendoakan kesejahteraan
69. Menepati masa
70. Mengakui kesalahan diri
71. Mengambil tahu
72. Mengenang budi
73. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
74 menghargai
75. Menghargai masa
76. Menghargai jasa
77. Mengharumkan nama negara
78. Menikut peraturan
79. Mengucapkan tahniah
80. Mengutamakan keselamatan diri dan orang lain
81. Menjawab salam
82. Menumpukan perhatian
83. Menuntut ilmu
84. Menyiasat terlebih dahulu
85. Merendah diri
86. Murah hati
87. Patuh kepada undang-undang
88. Peka terhadap sesuatu isu
89. Perpaduan
90. Persaudaraan
91. Rajin
92. Ramah mesra
93. Rasional
94. saksama
95. Saling memahami
96. Sayang
97. sedar akan kekurangan diri
98. Sedar akan kelebihan diri
99. Sedia memaafkan
100. Semangat bermasyarakat
101. Semangat kejiranan
102. Semangat kesukanan
103. Semangat patriotik
104. Simpati
105. Sopan
106. Taat kepada ibu bapa
107. Tabah
108. Tekun
109. Teliti
110. tolerasi
111. Tolong-menolong
112. Yakin pada diri sendiri
113. ziarah-menziarahi -

Koleksi Pantun 2 : Ibu



Cempedak ditanam masak gebu,
Rambutan pula luruh melata;
Sepuluh Mei adalah Hari Ibu.
Sambutannya di seluruh dunia.

Rambutan pula luruh melata,
Dedaunan kering jadi abu;
Sambutannya di seluruh dunia,
Tanda kenang jasa budi ibu.

Dedaunan kering jadi abu,
Baja asli buahnya lebat;
Tanda kenang jasa budi ibu,
Semasa hidup sepanjang hayat.

Baja asli buahnya lebat,
Sepanjang musim dapat dirasa;
Semasa hidup sepanjang hayat,
Sampai membawa anak ke syurga.

Sepanjang musim dapat dirasa,
Dalam guni diisi untuk digalas;
Sampai membawa anak ke syurga,
Anak pula bagaimana membalas?

Dalam guni diisi untuk digalas,
Dilerai tangkai dibuang daunnya;
Anak pula bagaimana membalas?
Nilai kasih sayang tiada nilainya.

Dilerai tangkai dibuang daunnya,
Di bawah pokok cuaca redup;
Nilai kasih sayang tiada nilainya,
Bukan emas permata taruhan hidup.

Di bawah pokok cuaca redup,
Debu berterbangan di daun kelapa;
Bukan emas permata taruhan hidup,
Ibu adalah segala-galanya.


Koleksi Pantun : Ibu


Tanam ubi tanam tebu
Tanam pula di tepi paya
Terima kasih kepada ibu
Membesarkan kita hingga berjaya

Tanam pula di tepi paya
Mudah pula mengail ikan
Membesarkan kita hingga berjaya
Dengan ilmu terus diamalkan

Mudah pula mengail ikan
Ada haruan dan sepat
Dengan ilmu terus diamalkan
Betul aqidah pahalapun dapat

Ada haruan dan sepat
Boleh masak gulai lemak
Betul aqidah pahalapun dapat
Kesan tarbiyah oleh ulama


Boleh masak gulai lemak
Makan lepas solat zohor
Kesan tarbiyah oleh ulamak
Nama Shafie kekal masyhur

Makan lepas solat zohor
Minum air dari labu
Nama Shafie kekal masyhur
Bimbingan awal dari ibu

Minum air dari labu
Boleh dibawa bila berjalan
Bimbingan awal dari ibu
Serta kasih yang berkekalan

Boleh dibawa bila berjalan
Kitab Shafie berjudul Risalah
Serta kasih yang berkekalan
Kuat hubungan dengan Allah

Kitab Shafie berjudul Risalah
Ada terjemahan ke bahasa Melayu
Kuat hubungan dengan Allah
Ibu yang ikut wahyu

Ada terjemahan ke bahasa Melayu
Mudah faham isi kandungannya
Ibu yang ikut wahyu
Jadilah anak didiknya berjaya