Latihan Bahasa Melayu - Kata Adjektif 2



Kata Adjektif 2
Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah, anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan.
  1. Kucing peliharaan Maya amat ___________ dengannya.
    1.   mesra
    2.   akrab
    3.   intim
    4.   manja
  2. Badan Mohinder __________ kerana dia kuat makan.
    1.   kurus
    2.   nipis
    3.   gemuk
    4.   segar
  3. Emaknya menghadiahkan Nur Amirah seekor kucing siam yang comel dan berbulu _________.
    1.   kasar
    2.   tinggi
    3.   tebal
    4.   kurus
  4. Angin ___________ telah menumbangkan pokok kelapa itu.
    1.   laju
    2.   pantas
    3.   kencang
    4.   bayu
  5. Kemalangan kereta itu telah menyebabkan tiang telefon di hadapan masjid menjadi ____________.
    1.   bongkok
    2.   bengkok
    3.   serong
    4.   curam
  6. “Wah, _______nya kereta ayah awak! “ kata Syakirah kepada Pavitran.
    1.   besar
    2.   kecil
    3.   sederhana
    4.   sempit
  7. Sejak kejadian _____________ itu berlaku, tiada sesiapa pun yang berani mendiami banglo di atas bukit itu.
    1.   aneh
    2.   asing
    3.   ajaib
    4.   agenda
  8. Sikap ___________ Zaidalah yang menyebabkannya kehilangan Si Tompok.
    1.   berhati-hati
    2.   cuai
    3.   boros
    4.   cermat
  9. Air sungai di Kampung Murni itu _____________ akibat musim kemarau.
    1.   dangkal
    2.   kurang
    3.   rendah
    4.   kusut
  10. Cik Halimah mengelap lantai yang _________ itu dengan sehelai kain buruk.
    1.   kering
    2.   usang
    3.   basah
    4.   bersih
  11. Kedua-dua wanita itu tidak terdaya untuk mengangkat kotak yang __________ itu.
    1.   padat
    2.   luas
    3.   lebar
    4.   berat
  12. Semua murid berdiri _______________ sewaktu menyanyikan lagu Kebangsaan.
    1.   tegak
    2.   senget
    3.   teguh
    4.   gagah
  13. Baju kurung yang dipinjamkan kepada Erma itu besar dan ____________.
    1.   sempit
    2.   kecil
    3.   labuh
    4.   sendat
  14. Anak Pak Abu itu memang ___________ orangnya. Dialah satu-satunya anak kampung ini yang melanjutkan pelajaranya di luar negeri.
    1.   pandai
    2.   lembab
    3.   bodoh
    4.   pemalu
  15. Jalan raya di hadapan masjid menjadi ____________ ketika Solat Jumaat kerana banyak kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.
    1.   luas
    2.   lebar
    3.   tutup
    4.   sempit
  16. Adik sungguh ____________ apabila menerima patung idamannya sebagai hadiah hari jadi.
    1.   menangis
    2.   gembira
    3.   muram
    4.   suka-suka
  17. Rambut Azimah kelihatan ____________ kerana dia baru bangun daripada tidur.
    1.   kusam
    2.   kemal
    3.   kusut
    4.   kumal
  18. Badannya ___________ akibat demam.
    1.   kuat
    2.   longlai
    3.   gemalai
    4.   lemah
  19. Suara Dato' Siti Nurhaliza sungguh ____________ ketika membuat persembahan di atas pentas.
    1.   merdu
    2.   lemah
    3.   lantang
    4.   sumbang
  20. Buah tembikai itu rasanya ____________.Maka tidak hairanlah ramai yang menggemarinya.
    1.   masam
    2.   manis
    3.   pahit
    4.   masin

Tiada ulasan: