Latihan Bahasa Melayu UPSR




Latihan Tatabahasa 1 ( Kata Adjektif )
Kuiz
Pilih jawapan yang sesuai. Jika jawapan anda salah, anda akan diberi panduan. Jika jawapan anda betul, teruskan dengan soalan yang seterusnya.
  1. Beberapa batang pokok manggis di kebun datuk berbuah ________
    1.   kuat
    2.   kaya
    3.   lebat
    4.   rendang
  2. Ibu menyapu daun-daun yang _____ itu.
    1.   gugur
    2.   jatuh
    3.   hancur
    4.   musnah
  3. Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati melalui jalan lereng bukit yang ____ itu.
    1.   dalam
    2.   curam
    3.   pendek
    4.   rendah
  4. Sarah terlalu ______ apabila mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
    1.   malu
    2.   bising
    3.   gembira
    4.   kecewa
  5. Buku-buku di atas meja itu ______ kerana tidak dikemas.
    1.   berguguran
    2.   bertaburan
    3.   berselerak
    4.   berlonggok
  6. Kuda adalah antara haiwan yang ______ berlari.
    1.   cepat
    2.   hebat
    3.   hampir
    4.   pantas
  7. Warna _____ pada bendera Malaysia membawa maksud perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum.
    1.   biru
    2.   merah
    3.   putih
    4.   kuning
  8. Penyanyi yang diminati ramai itu mempunyai suara yang sangat _____.
    1.   kasar
    2.   jelas
    3.   kabur
    4.   merdu
  9. Ruang tamu rumah kami menjadi lebih _____setelah ayah membeli perabot dan perhiasan baru.
    1.   segar
    2.   ceria
    3.   segak
    4.   meriah
  10. Daging kambing yang belum dicuci itu berbau _____.
    1.   busuk
    2.   hapak
    3.   hamis
    4.   tengik
  11. Puan Kamariah berasa ______ kerana anaknya masih belum pulang sedangkan hari sudah malam.
    1.   risau
    2.   rimas
    3.   bingung
    4.   kecewa
  12. Zaidi terpaksa menghentikan lariannya pada jarak 150 meter kerana kakinya _____.
    1.   kaku
    2.   keras
    3.   kebas
    4.   kejang
  13. Suasana rumah Mak Siah yang ________ itu menyebabkan kami berasa seram.
    1.   pudar
    2.   kusam
    3.   muram
    4.   suram
  14. Hubungan antara Luisa dan Vanessa menjadi _______ selepas pergaduhan itu.
    1.   beku
    2.   sejuk
    3.   sunyi
    4.   dingin
  15. Proses melarik perabot-perabot kayu itu dibuat dengan ________ oleh pekerja-pekerja yang mahir.
    1.   teliti
    2.   tepat
    3.   hemat
    4.   saksama
  16. Hujah-hujah yang disampaikan oleh pemidato pertama itu sungguh _______dan tepat.
    1.   sarat
    2.   teguh
    3.   mampat
    4.   bernas
  17. Penduduk Kampung Lembah bergotong-royong untuk memperdalam sungai yang ______ itu bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di kampung mereka.
    1.   cetek
    2.   dangkal
    3.   rendah
    4.   senteng
  18. Pelancong dari negara Jepun itu _______ berbahasa Melayu walaupun baru sebulan di negara kita.
    1.   laju
    2.   pelat
    3.   fasih
    4.   pandai
  19. Tayar kereta Amirul ______ kerana tercucuk paku semasa melalui jalan itu.
    1.   tiris
    2.   pecah
    3.   kemik
    4.   kempis
  20. Encik Latif mendirikan sebuah banglo di atas tanah pusaka keluarganya yang ____ itu.
    1.   luas
    2.   landai
    3.   besar
    4.   lapang

Tiada ulasan: