Sains : Perkembangan Teknologi

           Teknologi ialah penggunaaan pengetahuan ilmu sains untuk memudahkan hidup serta meningkatkan kesejahteraan hidup manusia. Perkembangan teknologi terbahagi kepada beberapa bidang iaitu bidang pengangkutan, pertanian, komunikasi dan pembinaan. Bidang pengangkutan pula terdiri daripada pengangkutan darat, air dan juga udara. 

Pengangkutan darat

      Di jalan raya terdapat pelbagai jenis kenderaan yang memudahkan 
manusia untuk bergerak sehingga beratus-ratus kilometer dengan cepat. 
Teknologi ini ialah teknologi pengangkutan. Teknologi pengangkutan juga 
membolehkan manusia mengangkut benda berat dari satu tempat ke satu 
tempat yang lain dengan lebih mudah dan lebih cepat. 
     Pada zaman dahulu, manusia bergerak dengan berjalan kaki sahaja. 
Apabila haiwan seperti kuda dan unta dapat dijinakkan,maka haiwan ini 
dapat digunakan sebagai pengangkutan. Teknologi pengangkutan berkembang 
maju apabila manusia berjaya mencipta roda. Manusia berjaya mencipta kereta 
kuda dan kereta lembu yang boleh mengangkut manusia dan barang. Pada 
sekitar tahun 1700-an kenderaan berenjin stim yang menggunakan arang batu 
telah berjaya dicipta. Keupayaan mengangkut barang meningkat apabila 
kereta api stim berjaya dicipta. 
    Kemajuan teknologi pengangkutan berkembang lagi dengan penciptaan 
enjin diesel yang lebih berkuasa. Kereta dan kereta api berenjin 
diesel kemudiannya digantikan dengan enjin menggunakan petrol 
seperti sekarang. Teknologi pengangkutan yang terkini ialah kereta api 
elektrik yang lebih berkuasa, senyap dan bersih.




Bidang Pertanian

        Satu lagi teknologi yang penting ialah teknologi pertanian. Melalui 
teknologi ini, manusia telah berjaya menghasilkan makanan yang 
mencukupi untuk menampung pertambahan penduduk. Manusia pada zaman 
dahulu hanya menggunakan batu serta tulang haiwan untuk 
menggemburkan tanah bagi bercucuk tanam. Cara begini mengambil 
masa yang lama. Kemudian manusia menemui logam dan mencipta 
alat-alat yang baik seperti cangkul dan bajak. Selepas itu, haiwan seperti 
lembu dan kerbau digunakan untuk membantu membajak tanah 
pertanian. Teknologi pertanian menjadi semakin maju dengan 
terciptanya  jentera pertanian seperti traktor yang boleh membajak tanah 
yang luas dengan cepat dan mudah. Mesin penuai pula ialah sejenis 
kenderaan berenjin yang dapat menuai hasil pertanian dengan 
lebih cepat serta mengurangkan 
keperluan tenaga buruh. 


 



Bidang Komunikasi

        Teknologi komunikasi membolehkan manusia berhubung antara satu 
sama lain dengan mudah dan segera. Pada zaman dahulu, manusia 
menggunakan asap taupun gendang untuk berkomunikasi. Cara ini hanya 
boleh digunakan  untuk jarak yang  agak dekat sahaja. Kemudian 
manusia berjaya memperbaiki teknologi 
komunikasi dengan terciptanya alat telegraf. Teknologi ini masih terhad 
kerana maklumat yang dihantar hanyalah dalam bentuk isyarat kod 
tertentu. Tekonologi komunikasi mengalami suatu revolusi apabila alat telefon 
dicipta oleh Alexander Graham Bell pada tahun 1876. 
        Buat pertama kalinya manusia dapat bercakap antara satu sama lain 
pada jarak yang jauh. Sekarang manusia dapat menggunakan pelbagai 
teknologi canggih untuk berkomunikasi. Mesin faksimili membolehkan 
penghantaran maklumat dengan cepat manakala satelit membolehkan 
komunikasi antara benua yang berlainan. Telefon bimbit pula membolehkan 
kita berhubung walaupun kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang 
lain. 
        Apabila radio dan televisyen berjaya dicipta, bidang komunikasi maju 
setapak lagi. Dua alat perhubungan ini dapat membekalkan maklumat 
secara serentak. Penciptaan komputer telah merapatkan lagi jurang 
perhubungan antara manusia di seluruh dunia melalui penggunaan laman 
sesawang, emel, 'facebook' dan 'twitter'.       
Nota disalin dari : Roszana Binti Mohidin -
 http://zanasweetseptember.blogspot.com/2011/12/sejarah-perkembangan-teknologi-tahun-4.html

Rujukan lain:
http://www.youtube.com/watch?v=0rwNC7YnHVQ

Tiada ulasan: