Sumber :Mental Upgrade oleh Amirul Ramli
Halaman
Label
- Bahasa Inggeris (7)
- Bahasa Inggeris Tahun 1 (3)
- Bahasa Inggeris Tahun 2 (1)
- Bahasa Melayu (15)
- Bahasa Melayu Tahun 2 (3)
- Bahasa Melayu Tahun 3 (1)
- Matematik Tahun 2 (1)
- Matematik Tahun 3 (2)
- Sains Tahun 4 (1)
- Sekolah Rendah (3)
- crossmaths (1)
- division (1)
- matematik (33)
- motivasi (2)
- pantun (1)
- peribahasa (9)
- sifir (4)
Memaparkan catatan dengan label Sains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sains. Papar semua catatan
Hubungan Perut dan Otak Manusia
Jika perut lapas atau tidak selesa, otak akan mentafsirnya sebagai ancaman. Jadi manusia akan cemas dan murung. Keadaan ini menyebabkan emosi terganggu. Bagi mengatasinya, periksa perut sama ada lapar atau kurang selesa seperti kembung atau tersilap makan. Kemudian cari penyelesaiannya.
Sains: Kuiz
1. Apakah benda yang boleh didengar tapi
tidak boleh di lihat?
2. Apakah benda yang boleh dilihat tapi tak boleh didengar?
Tuliskan jawapan anda di ruangan komen (di bawah) atau di ruangan bual (di sebalah kanan). Okey selamat mencuba!
tidak boleh di lihat?
2. Apakah benda yang boleh dilihat tapi tak boleh didengar?
Tuliskan jawapan anda di ruangan komen (di bawah) atau di ruangan bual (di sebalah kanan). Okey selamat mencuba!
Sains Tahun 5 : Asid dan Alkali
Asid dan Alkali
Keasidan dan Kealkalian Bahan
- Bahan yang berlainan mempunyai sifat yang berbeza.
- Bahan - bahan boleh dikelaskan sebagai asid, alkali atauneutral.
- Kertas litmus digunakan untuk mengenal pasti sama ada suatu bahan adalah berasid, beralkali atau neutral.
- Bahan berasid berasa masam dan menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah.
- Contoh bahan berasid ialah cuka, oren, nanas, asam jawa dan sos tomato.
- Bahan beralkali berasa pahit dan menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru.
- Contoh bahan beralkali ialah peria, syampu, ubat gigi dan pencuci.
- Bahan neutral tidak berasa pahit atau masam.
- Contoh bahan neutral ialah garam, gula, air mineral, dan minyak masak.
Sains : Kitaran Air
Rujukan:

http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/06/tenaga-yang-boleh-diperbaharui-dan_05.html
http://zarinaahmad.blogspot.com/2012/04/proses-kitaran-air-menurut-al-quran-dan.html
http://watercycle2012.blogspot.com/2012/05/sejatan.html
http://www.youtube.com/watch?v=I1NVh-RHEi0
http://cikguhasrul.blogspot.com/2011/12/kitaran-air-kejadian-awan-dan-hujan.html
http://infosainstahun5.blogspot.com/

Sains : Haba
TAJUK 7: HABA
1. HABA IALAH SATU BENTUK TENAGA
2. AIR PANAS AKAN SEJUK BILA KEHILANGAN HABA PADA PERSEKITARAN
3. AIR SEJUK AKAN PANAS BILA MENDAPAT HABA.
4. TERMOMETER DIGUNAKAN UNTUK MENYUKAT SUHU. UNIT YANG DIGUNAKAN IALAH DEGREE CELCIUS ( C )
CONTOH TERMOMETER
MENGEMBANG ATAU MENGECUT
1. OBJEK AKAN MENGEMBANG BILA
DIKENAKAN HABA
2 . OBJEK AKAN MENGECUT BILA DISEJUKKAN/KEHILANGAN HABA.
Rujukan :
http://zainab-othman.blogspot.com/2011/12/haba.html
http://www.youtube.com/watch?v=4QghYu-1zas (EDU TV KPM)
Sains : Perkembangan Teknologi
Teknologi ialah penggunaaan pengetahuan ilmu sains untuk memudahkan hidup serta meningkatkan kesejahteraan hidup manusia. Perkembangan teknologi terbahagi kepada beberapa bidang iaitu bidang pengangkutan, pertanian, komunikasi dan pembinaan. Bidang pengangkutan pula terdiri daripada pengangkutan darat, air dan juga udara.
Pengangkutan darat
Di jalan raya terdapat pelbagai jenis kenderaan yang memudahkan
manusia untuk bergerak sehingga beratus-ratus kilometer dengan cepat.
Teknologi ini ialah teknologi pengangkutan. Teknologi pengangkutan juga
membolehkan manusia mengangkut benda berat dari satu tempat ke satu
tempat yang lain dengan lebih mudah dan lebih cepat.

Pada zaman dahulu, manusia bergerak dengan berjalan kaki sahaja.
Apabila haiwan seperti kuda dan unta dapat dijinakkan,maka haiwan ini
dapat digunakan sebagai pengangkutan. Teknologi pengangkutan berkembang
maju apabila manusia berjaya mencipta roda. Manusia berjaya mencipta kereta
kuda dan kereta lembu yang boleh mengangkut manusia dan barang. Pada
sekitar tahun 1700-an kenderaan berenjin stim yang menggunakan arang batu
telah berjaya dicipta. Keupayaan mengangkut barang meningkat apabila
kereta api stim berjaya dicipta.

Kemajuan teknologi pengangkutan berkembang lagi dengan penciptaan
enjin diesel yang lebih berkuasa. Kereta dan kereta api berenjin
diesel kemudiannya digantikan dengan enjin menggunakan petrol
seperti sekarang. Teknologi pengangkutan yang terkini ialah kereta api
elektrik yang lebih berkuasa, senyap dan bersih.

Bidang Pertanian
Satu lagi teknologi yang penting ialah teknologi pertanian. Melalui
teknologi ini, manusia telah berjaya menghasilkan makanan yang
mencukupi untuk menampung pertambahan penduduk. Manusia pada zaman
dahulu hanya menggunakan batu serta tulang haiwan untuk
menggemburkan tanah bagi bercucuk tanam. Cara begini mengambil
masa yang lama. Kemudian manusia menemui logam dan mencipta
alat-alat yang baik seperti cangkul dan bajak. Selepas itu, haiwan seperti
lembu dan kerbau digunakan untuk membantu membajak tanah
pertanian. Teknologi pertanian menjadi semakin maju dengan
terciptanya jentera pertanian seperti traktor yang boleh membajak tanah
yang luas dengan cepat dan mudah. Mesin penuai pula ialah sejenis
kenderaan berenjin yang dapat menuai hasil pertanian dengan
lebih cepat serta mengurangkan
keperluan tenaga buruh.
Bidang Komunikasi
Teknologi komunikasi membolehkan manusia berhubung antara satu
sama lain dengan mudah dan segera. Pada zaman dahulu, manusia
menggunakan asap taupun gendang untuk berkomunikasi. Cara ini hanya
boleh digunakan untuk jarak yang agak dekat sahaja. Kemudian
manusia berjaya memperbaiki teknologi
komunikasi dengan terciptanya alat telegraf. Teknologi ini masih terhad
kerana maklumat yang dihantar hanyalah dalam bentuk isyarat kod
tertentu. Tekonologi komunikasi mengalami suatu revolusi apabila alat telefon
dicipta oleh Alexander Graham Bell pada tahun 1876.
Buat pertama kalinya manusia dapat bercakap antara satu sama lain
pada jarak yang jauh. Sekarang manusia dapat menggunakan pelbagai
teknologi canggih untuk berkomunikasi. Mesin faksimili membolehkan
penghantaran maklumat dengan cepat manakala satelit membolehkan
komunikasi antara benua yang berlainan. Telefon bimbit pula membolehkan
kita berhubung walaupun kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang
lain.
Apabila radio dan televisyen berjaya dicipta, bidang komunikasi maju
setapak lagi. Dua alat perhubungan ini dapat membekalkan maklumat
secara serentak. Penciptaan komputer telah merapatkan lagi jurang
perhubungan antara manusia di seluruh dunia melalui penggunaan laman
sesawang, emel, 'facebook' dan 'twitter'.

Nota disalin dari : Roszana Binti Mohidin -
http://zanasweetseptember.blogspot.com/2011/12/sejarah-perkembangan-teknologi-tahun-4.html
Rujukan lain:
http://www.youtube.com/watch?v=0rwNC7YnHVQ
Sains : Pertahanan Semula Jadi Tumbuhan
Latihan Soalan Objektif
1. Senarai di bawah menunjukkan 3 jenis tumbuhan yang mempunyai ciri khas untuk melindungi diri
daripada musuh.
P: Pokok bunga ros
Q: Pokok nanas
R: Kaktus
Apakah ciri khas itu?
A. Berbau
B. Berduri
C. Beracun
D. Menghasilkan getah
2. Antara tumbuhan berikut, yang manakah mempunyai bulu halus yang boleh menyebabkan
kegatalan?
I Pokok getah
II Pokok buluh
III Pokok pisang
IV Pokok labu
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
3. Rajah di bawah menunjukkan sejenis tumbuhan.
Mengapakah tumbuhan ini tidak dimakan oleh haiwan?
A. Berduri
B. Berbau
C. Beracun
D. Sukar dilihat
4. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri khas bagi tumbuhan K.
Menghasilkan cecair bergetah
Menggugurkan daun ketika musim panas
A. Pokok getah
B. Pokok keladi
C. Pokok nanas
D. Pokok jagung
5. Rajah di bawah menunjukkan sejenis tumbuhan.
Antara berikut yang manakah merupakan ciri khas bagi tumbuhan ini untuk melindunginya
daripada musuh?
A. Mempunyai daun yang lebar
B. Mempunyai duri
C. Menghasilkan getah
D. Menghasilkan bahan beracun
Rujukan :
http://sains4minghuoyloh.blogspot.com/2012/12/latihan-pertahanan-semula-jadi-tumbuhan.html
http://www.youtube.com/watch?v=bRB3FsLMROQ (Edu TV)

Sains : Keperluan Asas Tumbuhan
Permainan Kerusi Berirama
1. Guru meletakkan tiga buah kerusi di bahagian tengah kelas. Kerusi nombor 1 dilabelkan UDARA. Kerusi nombor 2 dilabelkan AIR. Kerusi nombor 3 dilabelkan CAHAYA MATAHARI.
2. Murid-murid membuat bulatan di sekeliling tiga buah kerusi tersebut. Guru memainkan muzik.
3. Murid-murid akan duduk di kerusi apabila muzik berhenti. Murid-murid menulis nama masing-masing pada kerusi yang mereka telah duduk.
4. Murid mengulangi langkah 2 dan 3 sehingga murid berjaya duduk dan menulis nama di ketiga-tiga kerusi.
5. Murid yang paling awal berjaya duduk dan menulis nama di ketiga-tiga buah kerusi dikira sebagai pemenang.
Rujukan:
Sains : Keperluan Asas Benda Hidup
Benda Hidup
Keperluan yang perlu ada untuk terus hidup. Sekiranya salah satu daripada keperluan ini tiada, benda hidup tidak dapat meneruskan hidup dan akhirnya akan mati.
Keperluan Asas Manusia
Keperluan Asas Haiwan
Keperluan Asas Tumbuhan
- Manusia
- Haiwan
- Tumbuhan
Keperluan yang perlu ada untuk terus hidup. Sekiranya salah satu daripada keperluan ini tiada, benda hidup tidak dapat meneruskan hidup dan akhirnya akan mati.
Keperluan Asas Manusia
- Udara
- Air
- Makanan
- Tempat berlindung
Keperluan Asas Haiwan
- Udara
- Air
- Makanan
- Tempat berlindung
Keperluan Asas Tumbuhan
- Udara
- Air
- Nutrien
- Cahaya matahari
Rujukan:
1. http://sainssaya.blogspot.com/2011/12/tahun-4-keperluan-asas-benda-hidup.html
2. http://www.youtube.com/watch?v=8mCjlUeoOfs (edu tv)
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)